Proses pemulihan negara terganggu jika menteri letak jawatan – Tuan Ibrahim

0
2
tuan ibrahim tuan man

PROSES pemulihan negara melawan pandemik Covid-19 akan terganggu sekiranya berlaku peletakan jawatan menteri yang menggalas tanggungjawab penting dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata maka sokongan Ahli Parlimen Umno kepada kerajaan membuktikan fokus utama sekarang adalah untuk menstabilkan politik dan ekonomi, memerangi Covid-19, mencapai imuniti berkelompok serta mensejahterakan kehidupan rakyat.

Menurutnya, PAS juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen Umno yang kekal memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kita sedia maklum sekurang-kurangnya tiga orang ahli Parlimen Umno iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Timbalan Perdana Menteri), Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) sedang menggalas tugasan penting dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Sekiranya berlaku peletakan jawatan, maka proses pemulihan negara akan terganggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, PAS turut menyeru Ahli Parlimen yang lain agar bersama-sama mendukung usaha PPN yang giat dijalankan kerajaan.

“PAS menyeru agar Ahli-Ahli Parlimen yang lain turut bersama dan bersatu padu mendukung usaha Pelan Pemulihan Negara. Keadaan sekarang bukan masa untuk berpecah belah,” katanya.

Semalam, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu meletakkan menjelaskan peletakan jawatan berkenaan dibuat berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 3 Ogos lalu.

Noraini adalah Menteri Kabinet kedua meletakkan jawatan selepas Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melakukan perkara sama Selasa lalu. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here