Isu kontena jenazah: Anwar sifatkan kenyataan MB Kedah biadap

0
2
anwar ibrahim

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan kontena jenazah Covid-19 sebagai biadap.

Anwar berkata demikian dalam ciapan Twitternya, susulan kenyataan gurauan Muhammad Sanusi yang memaklumkan kontena jenazah di Sungai Petani adalah mencukupi, sesiapa yang hendak ‘masuk’ perlu memberi nama.

Presiden PKR itu berkata, sebagai seorang pemimpin Muhammad Sanusi perlu mempunyai sikap empati dan belas terutama ketika kes kematian yang meningkat mukhtahir ini.

“Pemimpin kena ada empati dan sikap belas. Dengan kes kematian yang meninggi mutakhir ini, kenyataan semacam ini adalah biadab,” katanya.

Ciapan Twitter Anwar itu menerima 3,237 ulang ciap termasuk komen daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Adzman Kamarudian @adzman86 berkata: “Tiada sifat perikemanusiaan!”

Cin @sekuntumcinda berkata: ” Saya setuju. Seperti orang yang tiada common sense nampaknya. Rakyat dah sengsara, kematian dah lebih 10K. Tapi Menteri boleh buat jenaka tak kelakar!”

Semalam, Malaysiapost melaporkan, gurauan Menteri Muhammad Sanusi berkaitan kontena jenazah Covid-19 mendapat kecaman netizen.

Muhammad Sanusi sebelum ini meminta rakyat di Sungai Petani untuk menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Penduduk di Sungai Petani perlu berjaga-jaga SOP, jangan masuk hospital…hospital dah penuh,” katanya menerusi rakaman video.

Namun, ketika ditanya wartawan mengenai jumlah kontena jenazah mencukupi di Kulim, beliau menjawab dengan bergurau, “Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.”

Berikutan itu, netizen tidak berpuas hati dan marah dengan jawapan yang diberikan itu yang disifatkan sebagai kurang cerdik dan tidak prihatin sebagai seseorang yang memegang jawatan tinggi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here