Covid-19: Enam kes baharu dilapor hari ini

0
3

Fitri Nizam

SEBANYAK enam kes baharu Covid-19 yang dicatatkan hari ini membabitkan dua kes daripada kluster Benteng Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga daripada kes baharu itu adalah kes import membabitkan warganegara asing iaitu dua dari Indonesia dan satu dari Bangladesh.

“Kluster Benteng LD mencatatkan dua kes baharu iaitu kontak rapat kepada pesakit ke-9351.

“Satu lagi kes adalah di Pulau Pinang yang dikesan dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI)di sebuah pusat rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penambahan enam kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,397 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 154 kes,” katanya.

Tiada kematian dicatatkan hari ini dengan jumlahnya kekal 128 kes iaitu 1.36 peratus – Malaysiapost