Jangkitan baharu Covid-19 hampiri 21,000 kes

0
2

KES harian Covid-19 terus melonjak dan kini menghampiri angka 21,000 dengan 20,889 kes baharu dicatatkan hari ini.

Ia sekali gus menjadikan kes jangkitan baharu paling tinggi direkodkan dalam sejarah, sejak virus berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara kini sebanyak 1,224,595 kes.

Selangor mencatatkan 8,792 kes hari ini, dan masih yang paling tinggi mengikut pecahan kes setiap negeri.

Ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,483 kes, Kedah (1,371), Johor (1,275) manakala Sabah (1,291) dan Negeri Sembilan (986).

Sementara, Kelantan mencatatkan 938 kes, Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624) dan Pahang (610).

Manakala, jangkitan di Terengganu sebanyak 460, Melaka (491), Putrajaya (122), Labuan dan Perlis masing masing sembilan kes.

Kes baharu Covid-19 menunjukkan trend peningkatan ketara dengan 20,596 kes semalam dan 19,819 kelmarin.

Sehingga kini, kematian tertinggi yang pernah direkodkan akibat Covid-19 adalah 257 kes pada 4 Ogos lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here