1,000 Bakul Prihatin Negara disumbangkan di Pagoh, Muar – PM

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak 1,000 Bakul Prihatin Negara termasuk barangan basah kepada 50 penghulu kampung di sekitar Pagoh dan Muar, Johor.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Perdana Menteri memaklumkan semua bakul dan juga barangan basah seperti sayuran, ikan dan ayam segar akan diedarkan penghulu bersama-sama sukarelawan Skuad Prihatin Negara kepada masyarakat setempat.

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak 1,000 Bakul Prihatin Negara termasuk barangan basah kepada 50 penghulu kampung di sekitar Pagoh dan Muar, Johor.

Katanya, Bakul Prihatin Negara adalah program nasional yang telah digerakkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama sektor korporat baru-baru ini, sebagai nilai tambah kepada program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan sejak pandemik Covid-19 melanda.

“Ia bertujuan membantu mereka yang terkesan tanpa mengira batas kaum dan fahaman politik.

“Justeru, saya nasihatkan mereka yang tertinggal daripada senarai penerima supaya segera menghubungi pemimpin masyarakat atau wakil rakyat masing-masing. Insya-Allah kita akan pastikan bantuan dihantar secepat mungkin,” katanya.

Selain itu, Beliau turut memaklumkan sebanyak 500,000 Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah diedarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

“Tidak cukup dengan itu pada 1 Julai lalu, di bawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sejumlah RM66.6 juta diperuntukkan untuk Bantuan Bakul Makanan dengan kadar RM300,000 setiap ahli Parlimen, tanpa mengira parti kerajaan atau pembangkang.

“Manakala, di bawah Bakul Prihatin Negara yang baru digerakkan 15 Julai lalu pula, lebih 60,000 bakul telah diedarkan yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 isi rumah di seluruh negara.

“Hasrat Kerajaan tidak lain adalah untuk menolong rakyat yang terkesan akibat pandemik, justeru marilah kita bersama-sama berusaha memulihkan negara, di samping berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita semua dan tanah air yang kita cintai ini dilindungi hendaknya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here