Olimpik Tokyo: Cabaran Azizulhasni, Shah Firdaus acara pecut berakhir

0
2

JAGUH berbasikal trek yang juga antara sandaran utama negara untuk membawa pulang emas pertama negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom tumpas bagi acara pecut individu lelaki.

Selepas tumpas kepada pelumba Belanda, Jeffery Hoogland, dalam pusingan ketiga bagi acara pecut individu itu, Azizulhasni masih berpeluang dalam saingan repechages, namun turut kecundang sekali gus mengakhiri cabaran dalam acara berkenaan.

Manakala Muhammad Shah Firdaus pula tumpas kepada lawan dari negara sama, Harrie Lavreysen dalam pusingan ketiga dan turut tumpas dalam saingan repechages, sebentar tadi

Bagaimanapun, pelumba berbasikal trek negara masih mempunyai cabaran dalam acara keirin yang dijadual bermula di Velodrom Izu Tokyo, Sabtu ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here