Dilantik menteri: Saya tak terima makluman – Mahdzir

0
2

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung laporan berita mengaitkannya akan dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

“Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita yang disebarkan sejak semalam,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Mahdzir turut berkongsi pautan berita yang melaporkan beliau akan dilantik ke jawatan itu pada 9 Ogos ini, bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan semalam.

Laporan itu menyebut lantikan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang pernah memegang beberapa portfolio penting dalam Kabinet, sekali gus mampu membantu untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Ia turut memetik seorang Ahli Parlimen Umno yang mengesahkan perkara itu.

Mahdzir pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum dilantik Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Beliau juga adalah bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here