‘Road to 20k’ – Najib

0
2
najib razak

“SEMALAM, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hilang sokongan majoriti. Hari ini ‘road to 20k’,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau merujuk kepada jumlah kes baharu harian Covid-19 yang semakin meningkat hingga hampir mencecah 20,000 kes sehari dengan merekodkan 19,819 kes hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu turut menyindir pendirian beberapa pemimpin yang mempertahankan bahawa kerajaan tidak gagal dalam menangani wabak Covid-19.

“Tak gagal, cuma belum berjaya. Selepas tujuh bulan dengan kuasa penuh darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, PKP 3.0/3.1, Total Lockdown, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Kes baharu Covid-19 di Malaysia buat pertama kalinya menghampiri angka 20,000 apabila mencatatkan 19,819 kes hari ini, menjadikan keseluruhan jangkitan kini terus melonjak kepada 1,183,110 kes.

Ia angka tertinggi direkodkan sejak wabak itu melanda negara.

Berdasarkan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, Selangor mencatatkan 8,377 kes baharu, tertinggi pernah direkodkan di negeri itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here