
AHLI-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut menolak kepimpinan Presiden Bersatu itu ialah Ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).
“Adalah mustahil Tan Sri Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan semalam.
“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” kata mereka menerusi kenyataan hari ini.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setaiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Datuk Seri Madius Tangau (UPKO), Baru Bian dan Datuk Masir Kujat (PSB) serta Dr Maszlee Malik (Bebas). – Malaysiapost
Foto Kredit: Fb/Muhyiddin Yassin
