Hina Agong: Laporan polis terhadap Zuraida

0
3

AHLI Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa memulakan siasatan terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin kerana didakwa menghina Yang Di-pertuan Agong.

Ketua Komunikasi PKR itu berkata, kenyataan Ahli Parlimen Ampang itu dalam program wawancara di Astro Awani malam kelmarin bersifat hasutan dan mempersendakan Yang di Pertuan Agong.

“Beliau telah mengeluarkan beberapa perkataan, yang pada pandangan saya bersifat tak hormat dan biadab terhadap baginda serta di mata rakyat beliau telah memperlekeh atau memperkecilkan fungsi dan kuasa Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Hal ini mungkin mengapi-apikan mana-mana golongan dan berkemungkinan melanggari Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

“Oleh demikian saya meminta polis segera menyiasat kenyataan dikeluarkan Zuraida dalam wawancara itu yang ramai anggap tidak hormati fungsi Agong sebagai ketua utama negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Fahmi menyifatkan kenyatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu perbuatan yang sangat serius dan tidak menghormati kedudukan baginda yang menjadi payung kedaulatan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here