‘Tak payah call lagi saya tak berminat’

0
1

AHLI Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin mendakwa dihubungi pihak tertentu bagi menyokong Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu dinyatakan Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Bekas wakil rakyat PKR itu bagaimanapun berkata beliau tidak berminat kerana mahu memberi tumpuan kepada rakyat.

“Cakap ada number. Tapi call saya minta bantu sokong PH.

“Tak payah call lagi saya tak berminat. Saya nak tumpu bantu rakyat. Terima Kasih,” katanya.

Dalam hantaran itu, Willie bagaimanapun tidak menyatakan siapa yang menghubunginya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here