Ismail Sabri dijangka buat pengumuman penting petang ini

0
2
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat PPV pandu lalu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat pengumuman penting melalui sidang media khas pada jam 4 petang ini.

Menurut Sinar Harian yang memetik sumber dalaman Umno, Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno akan mengumumkan pendirian ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia dipercayai sebagai maklum balas kepada kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan surat akuan ahli-ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Semalam (malam Selasa), Timbalan Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sendiri sebelum bertemu sebilangan ahli-ahli Parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik yang berlaku.

“Pelbagai opsyen dikemukakan dalam dua pertemuan itu dengan Ismail Sabri sendiri akan mengumumkan pendirian terkini ahli-ahli Parlimen BN dalam sidang media pada petang ini,” kata sumber itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan 40 ahli Parlimen BN bersetuju menyokong Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun sekurang-kurangnya 12 ahli Parlimen Umno dilaporkan sudah menandatangani surat akuan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here