Perutusan khas Perdana Menteri 12.30 tengah hari ini

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas Perdana Menteri pada jam 12.30 tengah hari ini.

Perutusan khas itu dijangka disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen utama.

Terdahulu pagi tadi, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, memasuki pintu satu Istana Negara pada jam 10.53 pagi.

Selesai menghadap Seri Paduka Baginda, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Perutusan khas itu bakal berlangsung ketika Perdana Menteri dikatakan telah hilang majoriti susulan Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin semalam.

Setakat ini tidak dapat dipastikan butiran pengumuman khas oleh Perdana Menteri, namun ia dijangka berkaitan kemudahan untuk sektor ekonomi dan individu lengkap dua dos vaksin.

Baru-baru ini, Muhyiddin dilaporkan berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperinci kemudahan kepada individu yang lengkap mendapat dua dos vaksin selain membincangkan kemudahan bakal dinikmati sektor ekonomi.

“Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here