Ahli Parlimen sertai perhimpunan beri keterangan hari ini

0
2
Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berkumpul dan protes di Dataran Merdeka hari ini berikutan Parlimen ditangguh selama 2 minggu bermula hari ini.

BEBERAPA Ahli Parlimen yang terbabit dalam perhimpunan di Dataran Merdeka, Isnin lalu susulan tidak dibenarkan masuk ke Parlimen dijangka akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Setakat ini enam wakil rakyat berkenaan disahkan akan hadir untuk merakam percakapan bermula jam 10 pagi ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, berkata dia bersama lima lagi Ahli Parlimen akan hadir ke IPD Dang Wangi pagi ini untuk memberi keterangan.

Menurutnya, dia dijadualkan memberi keterangan pada jam 10.30 pagi.

“Insha-Allah saya dan sejumlah Ahli Parlimen akan dirakam percakapan di IPD Dang Wangi hari ini mulai jam 10 pagi.

“Antara Ahli-Ahli Parlimen yang akan bersama ke Dang Wangi hari ini ialah Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (10 pagi); Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (10.30 pagi) dan Ahli Parlimen Kepong, Tony Pua, (11 pagi),” katanya.

Menurutnya, dua lagi wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memberi keterangan pada jam 2.30 petang.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 206 laporan berhubung perhimpunan oleh Ahli-Ahli Parlimen di Dataran Merdeka, Isnin lalu, sebagai reaksi bantahan ekoran penangguhan sidang Parlimen.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata susulan itu satu kertas siasatan dibuka bagi semua laporan terbabit dan akan memanggil individu-individu yang terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here