JUMLAH kes Covid-19 aktif di Malaysia kini sebanyak 203,644 kes daripada keseluruhan 1,163,291 kes yang direkodkan setakat ini.
Berdasarkan data dan infografik dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook, hari ini jumlah kes sembuh adalah 12,297 kes menjadikan keseluruhan 950,029 kes sembuh.
“Kes baharu positif adalah 17,105 dengan 37 kes import.
“Kes kematian direkodkan hari ini adalah 195 menjadikan jumlah kes kematian setakat ini 9,598 kes,” menurut KKM.
KKM memaklumkan, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,066 kes dan daripada jumlah itu, 537 memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

