SEBANYAK 60 sektor perkilangan dan premis perniagaan diarah tutup serta-merta semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pasukan Task Force Operasi Pematuhan melibatkan 19,767 angota melaksanakan 82,244 pemeriksaan serta menguatkuasakan pematuhan SOP di seluruh negara semalam.
“Ekoran kegagalan mematuhi SOP, sebanyak 60 premis diarahkan tutup serta-merta,” katanya dalam kenyatan hari ini.
Hishamuddin berkata, seramai 215 individu dikompaun atas kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Katanya, bagaimanapun hari ini tiada individu yang direman kerana ingkar SOP. – Malaysiapost

