2 lokaliti di Raub Pahang dikenakan PKPD bermula lusa

0
2

KERAJAAN hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah, Terengganu dan Pahang bermula 5 hingga 18 Ogos.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata ia setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Empat lokaliti di Sabah dikenakan PKPD adalah Kampung Banjar di Keningau; Kem 3 Sibulu di Tenom; Penampang Baru di Penampang; dan Depot Tahanan Imigresen di Tawau.

Di Terengganu, dua lokaliti di Bukit Kuang Mukim Telok Kalong Kemaman iaitu Taman Rakyat Bestari Fasa 1-4; dan Rumah Awam Kos Rendah Fasa 1, 2 dikenakan PKPD bermula 5 Ogos ini.

Seterusnya, Mukim Manir di Kuala Terengganu juga dikenakan PKPD selama 14 hari.

Sementara, dua lokaliti di Raub, Pahang dikenakan PKPD iaitu Felda Tersang 1, 2 dan 3 Mukim Batu Talam; dan Felda Krau 1 Mukim Gali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here