Ahli Dewan Negara PH kesal sidang ditangguhkan

0
2

AHLI-AHLI Dewan Negara mewakili Pakatan Harapan (PH) menyatakan kekesalan apabila persidangan Dewan Negara yang dijadualkan pada 3 hingga 5 ogos, ditangguhkan dengan notis pendek.

Menerusi kenyataan hari ini, mereka mendakwa ia dilakukan tanpa mengikut peraturan mesyuarat Dewan Negara yang betul.

“Kami juga dimaklumkan bahawa hampir semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Dewan Negara dan kakitangan telah menerima dua dos vaksin yang melayakkan Herd Immunity dicapai di kawasan Parlimen.

“Berdasarkan fakta tersebut, kami berpendapat Dewan Negara selamat untuk bersidang,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu mereka menyatakan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan sikap derhaka ditunjukkan pihak kerajaan yang membelakangi Titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

“Kami percaya Dewan Negara yang berfungsi sebagai semak dan imbang proses legislatif di negara ini perlu bebas daripada cengkaman pihak eksekutif yang tidak menghormati sistem demokrasi Parlimen dan Raja Berperlembagaan seperti diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Senator Raj Munni Sabu iaitu Ketua sekretariat merangkap Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara; Senator Datuk Theodore Doughlas merangkap Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara; Senator Datuk Ismail Yusop yang juga Anggota Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara.

Selain itu, Senator Dr Yaakob Sapari; Senator Datuk Donald Peter Mojuntin; Senator Datuk Husam Musa; Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff; Senator Manolan Mohamad; Senator Laksamana (B) Mohd Imran Abdul Hamid; Senator Dr Ahmad Azam Hamzah; Senator Lim Hui Ying; Senator Nga Hock Cheh; Senator Alan Ling Sie Kiong; Senator Adrian Banie Lasimbang; Senator Kesavadas Achyuthan Nair dan Senator Suresh Singh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here