468,526 pemberian vaksin Covid-19 semalam

0
3

SEBANYAK 468,526 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 21,668,999 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 14,471,138 individu dan daripada jumlah itu, 7,197,861 individu telah terima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 44.3 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 22.0 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, seramai 223,479 individu menerima dos pertama dan 245,047 individu lagi menerima dos kedua semalam.

Sementara itu berdasarkan infografik yang dikongsinya, Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pemberian vaksin tertinggi setakat ini 5,997,333 penerima dos pertama dan 2,427,041 penerima lengkap dua dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here