Shuk Sahar buat laporan polis video aib tersebar

0
2

NAMA pelawak terkenal, Shuk Sahar kembali menjadi sebutan selepas sebuah video seakan-akan dirinya dalam keadaan separuh bogel tersebar di media sosial sejak semalam.

Video tersebut dipercayai telah didedahkan ‘bekas kekasih’ Shuk yang dikenali sebagai Fara.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, bagaimanapun menafikan bahawa video tersebut adalah video yang baharu dirakam.

Menerusi sesi bertanya soalan di ruangan InstaStory, Shuk menjawab persoalan yang diajukan isterinya sendiri Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera.

“Okay itu video baru atau lama?” soal Sera.

“Takkan video baru. Kitakan sedang keluar berdua. Lagi pun badan saya tengah gemuk sekarang ini,” jawab Shuk.

Pada hantaran lain, Shuk menganggap pendedahan berani wanita itu sebagai salah satu bentuk promosi diri untuk mencari pendapatan selepas kehilangan mata pencarian.

“Nak buat macam mana, tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib.

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai polislah cerita,” ujar Shuk yang telah membuat satu laporan polis bersama isterinya semalam.

Pada Julai tahun lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga Shuk apabila isterinya membuat pendedahan terbuka dalam Instagram.

Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Namun, pada Januari lalu rumah tangga Shuk yang ketika itu bertugas sebagai penyampai radio HotFM itu kembali bergolak selepas dia sekali lagi ditangkap curang.

Namun, hubungan mereka kembali pulih selepas Shuk mengakui kesilapan dirinya selepas didakwa curang dengan seorang wanita.

Difahamkan, wanita yang sedang menjalin hubungan Shuk itu pernah terlibat dalam kontroversi dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here