219 kematian Covid-19, paling tinggi pernah direkodkan

0
2
Skuad jenazah Covid-19 Malaysia mengusung jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA sekali lagi mencatatkan kematian paling tinggi dengan 219 kes hari ini, sekali gus menjadikan 9,403 jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia.

Sebelum ini Malaysia mencatatkan kematian paling tinggi dua hari berturut-turut pada 26 dan 27 Julai dengan 207 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 11,767 menjadi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 937,732.

Kes positif Covid-19 hari ini pula turun ke angka 15,000 dengan 15,765 kes dan menjadikan keseluruhan kes sehingga kini adalah 1,146,186 kes.

Berdasarkan kes baharu yang dicatatkan hari ini, 15,764 adalah kes tempatan manakala enam lagi membabitkan kes import.

Pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 1,063 kes dengan 532 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here