Kes baharu Covid-19 turun ke 15, 764 kes

0
2
grafik

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah 15,764 kes menjadikan 1,146,186 kes keseluruhan direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda.

Berdasarkan data dan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman Facebooknya, hari ini, Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi 6,067 kes (419,812 kes kumulatif).

Empat negeri mencatatkan jangkitan lebih 1,000 kes iaitu Kuala Lumpur 1,536 (126,649 kes kumulatif), Johor 1,222 kes (92,950 kes kumulatif), Sabah 1,166 kes (86,889 kes kumulatif) dan Kedah 1,108 kes (48,250 kes kumulatif).

Negeri Sembilan merekodkan 862 kes (73,162 kes kumulatif), diikuti Perak 748 kes (39,120 kes kumulatif), Pulau Pinang 667 kes (47,252 kes kumulatif), Kelantan 552 kes (44,005 kes kumulatif) dan Pahang 475 kes (25,587 kes kumulatif).

Di Melaka sebanyak 463 kes baharu dicatatkan (32,515 kes kumulatif), manakala Terengganu 425 kes (17,802 kes kumulatif), Sarawak 411 kes (77,717 kes kumulatif), Putrajaya 46 kes (4,069 kes kumulatif), Perlis sembilan kes (734 kes kumulatif) dan Labuan tujuh kes (9,673 kes kumulatif).

Setakat ini jumlah kes harian Covid-19 tertinggi di Malaysia adalah sebanyak 17,786 kes pada 31 Julai lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here