Vaksinasi “walk-in” di seluruh negara mulai minggu depan – KJ

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

Nilam Oshman

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) telah membuat keputusan untuk memperluaskan kaedah “walk-in” khususnya bagi warga emas di seluruh negara bermula minggu hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata pengumuman berkenaan akan dibuat di peringkat CITF negeri masing-masing.

“Ada negeri-negeri telah mula dan ada negeri-negeri yang akan bersedia untuk menerima walk-in untuk semua warga emas yang masih belum menerima vaksin mereka.

“Pengumuman akan dibuat di peringkat CITF negeri tetapi secara dasarnya, kita telah membuat keputusan negeri boleh memulakan walk in untuk golongan warga emas yang mana belum lagi menerima vaksin pertama mereka.

“Kita serahkan kepada negeri-negeri untuk membuat pengumuman tarikh pelaksanaan dan juga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan menerima wakil warga emas,” katanya dalam sidang media CITF hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan inisiatif “walk-in” khas untuk warga emas yang dijalankan di Lembah Klang, tidak terhad pada sembilan PPV yang disenaraikan sebelum ini.

“Warga emas di Lembah Klang yang belum menerima vaksinasi lagi boleh pergi ke mana-mana PPV tetapi untuk yang lain mestilah pergi ke PPV yang dikhususkan untuk melaksanakan walk-in bagi penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur yang masih belum menerima vaksinasi lagi

“Butiran temu janji dua dos mereka akan dimaklumkan kelak dalam MySejahtera,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here