Muhyiddin, anggota Kabinet perlu letak jawatan segera

0
2

PUTRAJAYA, 4 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini. Persidangan dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during the Online Summit Level Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Contact Group in Response to COVID-19 at Perdana Putra today. Meeting chaired by Azerbaijan President Ilham Aliyev, the NAM chairman for the 2019-2022 term. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin dan anggota kabinetnya didesak untuk meletakkan jawatan serta merta kerana didakwa gagal mentadbir urus negara dengan baik serta menyuburkan sistem demokrasi berparlimen.

Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Warisan, Muda, Parti Sarawak Bersatu dan UPKO hari ini, menjelaskan Mesyuarat Khas Sidang Dewan 26 Julai lalu membuktikan ketidaksungguhan dan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir urus negara ini terutama dalam membendung wabak Covid-19.

“Kami juga mengambil serius berkenaan penzahiran rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Tan Sri Idrus Harun yang telah gagal menjalankan titah perintah dan perkenan Baginda Tuanku supaya cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas dan seterusnya diungkaikan di Parlimen.

“Keputusan dan tindakan Kerajaan PN yang secara jelas ingkar dan tidak patuh kepada titah Baginda Tuanku, kami berpendirian bahawa Kerajaan PN telah dengan sengaja menghalang dan mematikan kesuburan sistem demokrasi dan semak imbang yang perlu diangkat dan diterjemahkan melalui institusi Parlimen negara ini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Agong telah menyatakan pandangan terhadap kepentingan serta keperluan untuk Institusi Parlimen Malaysia dimartabatkan dan Perlembagaan Persekutuan hendaklah sentiasa dipatuhi serta mengikut peraturan dan undang-undang negara.

“Asas dan tunjang kepada Perlembagaan Negara ini haruslah dipertahankan dan perlu diterjemahkan melalui tindakan secara profesional tanpa wujudnya faktor ‘Fear & Favour’ yang memungkinkan asas utama bagi suatu pentadbiran yang telus dan berintegriti tercalar.

“Maka dengan itu, merujuk kepada Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan, kami mendesak Muhyiddin dan seluruh anggota kabinet di bawah pimpinan beliau meletakkan jawatan secara terhormat serta merta,” katanya.

Kenyataan bersama itu membabitkan, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bina dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here