Polis tubuh pasukan khas siasat dakwaan gangsterism di Ipoh

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat dakwaan isu berkaitan kegiatan gangsterism di sekitar Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pasukan itu bertindak menyiasat maklumat yang didedahkan seorang pengguna Facebook yang tular di media sosial semalam.

“PDRM Daerah Ipoh memandang serius mengenai aduan yang diutarakan oleh individu ini.

“Bagi mengesahkan maklumat yang tular di media sosial, satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kesemua maklumat yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang awam agar tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan dengan menularkannya di media sosial demi keselamatan.

“Aduan atau maklumat tersebut sewajarnya dihantar melalui Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222 atau ketua polis daerah Ipoh menerusi emel [email protected].

“Selain itu, maklumat kegiatan jenayah boleh disalurkan ke ketua bahagian siasatan jenayah melalui emel [email protected] di mana identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here