Kes harian Covid-19 sedikit menurun, 17,150 kes hari ini!

0
2
Petugas barisan hadapan melakukan ujian saringan kepada seorang kanak-kanak di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 sedikit menurun, namun masih melepasi angka 17,000 kes dengan mencatatkan 17,150 kes hari ini berbanding semalam 17,786 kes.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, secara keseluruhan 1,130,422 kes direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda negara.

Menurutnya, lima negeri mencatatkan jumlah melebihi 1,000 kes dengan Selangor tertinggi iaitu Selangor 6,326 kes (413,745 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 2,086 kes (125,113 kes kumulatif).

Kedah merekodkan 1,511 kes baharu harian Covid-19 (47,142 kes kumulatif), manakala Johor 1,045 kes (91,728 kes kumulatif) dan Sabah 1,002 kes (85,723 kes kumulatif).

Di Negeri Sembilan 809 kes (72,300 kes kumulatif), diikuti Pulau Pinang 752 kes (46,585 kes kumulatif), Perak 693 kes (38,372 kes kumulatif), Melaka 686 kes (32,052 kes kumulatif), Pahang 676 kes (25,112 kes kumulatif) dan Sarawak 578 kes (77,306 kes kumulatif).

Kelantan mencatatkan 459 kes (43,453 kes kumulatif), manakala Terengganu 429 kes (17,377 kes kumulatif), Putrajaya 72 kes (4,023 kes kumulatif), Perlis 21 kes (725 kes kumulatif) dan akhir sekali Labuan dengan lima kes baharu dilaporkan (9,666 kes kumulatif).

Setakat ini Malaysia merekodkan lima hari kes baharu harian melepasi 17,000 kes iaitu pada 25 Julai (17,045 kes), pada 28 Julai (17,405 kes), 29 Julai (17,170 kes), dan rekod tertinggi dicatatkan semalam (17,786 kes), manakala hari ini (17,150 kes). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here