Tun M cadang 20 nama sertai Majlis Pemulihan Negara

0
2
Tun Dr Mahathir Mohamad

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah keputusan yang salah.

Menurutnya, melantik orang yang berkali-kali tidak berjaya memperbaiki kegagalan yang disebabkan oleh kegagalan mereka bukanlah sesuatu yang bijak.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, selain itu dalam MPN turut dilantik ialah Menteri-Menteri Kabinet yang juga sebahagian dari kerajaan yang gagal.

“Keahlian MPN ini seperti yang telah saya tekankan mestilah tidak mempunyai ahli politik parti-parti kerana mereka akan mempertimbang kepentingan parti mereka dahulu dan tidak rakyat dan negara.

“Keduanya, ahli-ahli mestilah terdiri dari pakar, berpengalaman, berupaya menangani krisis serta orang muda yang dinamik telah memperlihat kesungguhan membantu rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dr Mahathir mencadangkan beberapa nama pemimpin yang tidak terikat dengan kepartian termasuk Tan Sri Rafidah Aziz; Tan Sri Lin See Yan; Tan Sri Mohd Hassan Marican; Tan Sri Mohamed Azman Yahya; Prof. Dr Jomo K. Sundram.

Dalam bidang perubatan, beliau mencadangkan Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman; Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman; Emeritus Prof Datuk Dr Lam Sai Kit; Datuk Dr Musa Nordin; Datuk Dr Amar Singh HSS; Dr Kumitaa Theva Das.

Beliau juga mencadankan pakar perundangan iaitu Prof Emeritus Datuk Shad Faruqi dan Prof Datuk Salleh Buang.

Bagi mengatasi masalah pendidikan, beliau mencadangkan Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz; Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid dan Samuel Isaiah.

Dr Mahathir cadangkan nama ahli politik yang dipilih bukan kerana politik kepartian tetapi di atas beberapa usaha yang telah mereka lakukan iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said; Hannah Yeoh; Ahmad Fahmi Fadzil; dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya percaya dengan menghadkan keahlian tidak lebih 20 orang, keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here