Agong boleh guna ‘reserve powers’ selamatkan negara, Perlembagaan

0
2
YDP Agong

KUASA dan autoriti Agong tidak bergantung kepada Ordinan darurat, kata Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, ramai yang tidak menyedari bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong ada dalam konstitusyen yang boleh digunakan untuk menyelamatkan negara dan Perlembagaan itu sendiri.

“Sesetengahnya tersembunyi dan tidak disebut oleh Perlembagaan.

“Ini dipanggil ‘reserve powers’. Tujuannya untuk menyelamatkan negara dan Perlembagaan itu sendiri,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Suhu politik negara kembali hangat minggu ini susulan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengelirukan Dewan Rakyat berkenaan pemansuhan proklamsi darurat dan pembatalan enam Ordinan Darurat yang berkuatkuasa 21 Julai lalu.

Terdahulu, beberapa portal berita melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh PKR menerusi kenyataan sebentar tadi. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Istana Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here