Lebih 20 juta terima vaksin sehingga semalam

0
2
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat PPV pandu lalu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan sebanyak 20,014,549 dos vaksin diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam.

Dr Adham menerusi perkongsian infografik di Twitternya, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 adalah suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata, bagi vaksinasi harian pula sebanyak 512,097 dos diberikan semalam, dengan 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here