SEBANYAK 23 lokaliti di Sabah termasuk Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 1 Ogos hingga 14 Ogos 2021.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dan telah bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.
Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti adalah seperti berikut:
- Enam lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Bandar Sabindo; Kg Rancangan Sg Tongkang; Taman Kukusan; Batu 2 Lrg Habib Abdul Rahman Jln Apas; PPR Sri Semarak dan Taman Berjaya
- Lima Lokaliti di Keningau, Sabah melibatkan Kampung Bariawa Laut; Kampung Baitah; Kampung Panagatan Ulu; Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau
- Tiga Lokaliti di Kudat, Sabah iaitu Kampung Seri Aman; Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi
- Tiga Lokaliti di Sandakan, Sabah membabitkan Kampung Lupak Meluas Darat; Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati
- Dua Lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah iaitu Taman Sempelang, Sembulan dan Kampung Sembulan Tengah & Lama.
- Kampung Tempasuk 1, Kota Belud, Sabah
- Kampung Tengah Padang, Putatan, Sabah
- Kampung Babagon, Penampang, Sabah
- Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Temerloh, Pahang – Malaysiapost

