
KES harian Covid-19 kembali menurun ke angka 16,000, apabila sebanyak 16,849 jangkitan baharu direkodkan hari ini.
Semalam, Malaysia merekodkan 17,170 kes baharu, manakala kelmarin sebanyak 17,405 dan yang paling tinggi pernah direkodkan setakat ini.
Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook, berdasarkan jumlah kes harian hari ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara sebanyak 1,095,486
Jangkitan di Selangor masih lagi membimbangkan apabila 6,092 kes dicatatkan hari ini, dan masih yang paling tinggi mengikut pecahan kes setiap negeri.
Ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,114 kes, Kedah (1,281), Johor (1,104) manakala Sabah (1,066), dan Negeri Sembilan (1,079).
Sementara, Perak 810 kes, Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Pahang (540), Melaka (581) dan Sarawak (450).
Manakala Terengganu mencatatkan 258 kes, Putrajaya (100), Labuan (7), Perlis (13). – Malaysiapost
