Muhyiddin, anggota Kabinet sila letak jawatan – Mujahid

0
2
Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf

NAIB Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota kabinetnya perlu meletakkan jawatan jika tidak mahu dimakzulkan hilang kredibiliti untuk memerintah.

Beliau berkata, dari sudut moral, Muhyiddin sudahpun hilang kepercayaan dewan apabila gagal mematuhi lunas-lunas perlembagaan termasuk melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Perkara 150(2B) dan 150(3).

“Apabila seorang Perdana Menteri gagal mempertahankan Perlembagaan dan gagal menghormati kuasa YDPA, kerajaannya sudah hilang moral untuk mentadbir negara

“Jalan terbaik kepada PM Mahiaddin dan seluruh anggota kabinetnya ialah letak jawatan jikalau tidak mahu dimakzulkan setelah hilang kredebiliti untuk memerintah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, semalam adalah tarikh memalukan demokrasi berparlimen yang turut disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Sepatutnya Parlimen menjadi medan terbaik ketika isu pelanggaran perlembagaan dibangkitkan oleh Tuanku YDPA sebagai Ketua Negara dan Ketua kedua Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Asas pelanggaran yang dilakukan Muhyiddin dalah terhadap kuasa YDPA yang telah dinafikan oleh Kabinet dalam hal berkaitan membuat Ordinan-ordinan Darurat (undang dibuat luar parlimen) termaktub dalam perkara 150 (2B) dan 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Kuasa YDPA jelas disebut dalam perkara 150 dalam hal Proklamasi Darurat dan penggubalan Ordinan-ordinan di bawah kuasa Tuanku YDPA dalam subseksyen2 150,” katanya.

Beliau berkata, Agong juga dalam pertemuan secara maya dengan Menteri Undang-undang dan Peguam Negara pada 24 Julai lalu meminta supaya Ordinan-ordinan yang digubal dan diperkenankan Tuanku dibentangkan dan dibahas di Parlimen untuk pembatalan.

“Jelas titah Tuanku tidak diendahkan kerana pembatalan Ordinan sejak awal lagi tidak termasuk dalam agenda pembentangan.

“Dewan Parlimen telah dicemari dengan sikap Speaker Dewan yang acuh tak acuh kepada isu pokok ini dan ketika kenyataan Istana dikeluarkan, kami Ahli Parlimen Pembangkang telah meyakini bahawa Muhyiddin dengan sedar melanggar kuasa Tuanku dan tidak mengendahkan titah Baginda supaya hal Ordinan Darurat dibahaskan oleh Ahli Dewan,” katanya.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, lebih memalukan apabila Dewan Rakyat semalam terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali oleh Speaker dengan dalih-dalih yang melucukan.

Katanya, salah satu penangguhan pada jam 3.30 petang atas sebab semua Ahli Parlimen perlu membuat pemeriksaan saringan Covid-19 sedangkan semua mereka telahpun membuat pemeriksaan pada Jumaat lalu.

“Membuat alasan Covid untuk melengah-lengahkan soal pelanggaran kuasa YDPA dan sekaligus melanggar Perlembagaan Persekutuan adalah tidak bertanggungjawab dan memalukan institusi Demokrasi Parlimen.

“Usul Ketua Pembangkang pada sesi petang 29hb July yang memohon Dewan membuat ketetapan supaya PM Mahiaddin (Muhyiddin) dimakzulkan atau dibuat usul dipecat telahpun diterima di pejabat Speaker.

“Justeru, saya yakin sesi hari terakhir persidangan Isnin ini akan ditangguh keseluruhannya atas alasan Covid juga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here