Ibu pejabat BN nafi kenyataan sokongan 40 MP kepada PM

0
2

IBU pejabat Barisan Nasional (BN) menafikan mengenai kenyataan berhubung 40 Ahli Parlimen parti itu menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Abd Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, kewujudan surat yang menggunakan logo dan alamat pejabat parti seperti yang tersiar dan viral ketika ini adalah palsu.

Menurutnya, sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan melalui Pejabat Pengerusi ataupun Setiausaha Agung Parti dan dikeluarkan melalui saluran rasmi parti.

Menerusi surat tersebut menyatakan, seramai 40 Ahli Parlimen BN termasuk Datuk Seri Najib Razak serta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beliau mempengerusikan satu perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen BN berkenaan, hari ini.-Malaysiapost

Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/07/29/40-ahli-parlimen-bn-sokong-kerajaan-pn/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here