40 Ahli Parlimen BN sokong kerajaan PN

0
2
ismail sabri

SERAMAI 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Datuk Seri Najib Razak serta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah mempengerusikan satu perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen BN hari ini.

“Hasil daripada perjumpaan ini adalah pertama, menjunjung kasih akan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kedua, Ahli-ahli Parlimen BN sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Ketiga, Ahli-Ahli Parlimen BN juga akur dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai lalu, sedangkan baginda belum memperkenankan.

Susulan itu, rata-rata Ahli Umno mendesak Ahli-ahli Parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, yang disifatkan tindakan tersebut membelakangi Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here