Zii Jia akui tekanan, janji kembali semula ke Olimpik

0
1

LEE Zii Jia mengakui berdepan tekanan sepanjang Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang disifatkannya berbeza berbanding ketika menyertai pertandingan lain.

Perkara itu diluahkan jaguh perseorangan badminton lelaki negara tersebut sejurus misi meraih pingat temasya Olimpik berakhir apabila tewas tiga set kepada pemain berpengalaman dari China, Chen Long.

“Ini Olimpik pertama saya, keputusan tak bagus tapi pengalaman yang baik, banyak kena perbaiki, perjalanan saya masih panjang.

“Olimpik tekanan berbeza dengan pertandingan lain, ini memang saya tak boleh kawal dan ia pengalaman yang bagus, saya akan belajar lagi.

“Selepas ini banyak lagi pertandingan, ini bukan end of the world,” katanya dalam temubual bersama wartawan Astro Arena yang disiarkan secara langsung.

Dalam aksi pusingan kedua malam ini, Zii Jia yang membuat penampilan pertama di Olimpik tewas 21-8, 19-21, 5-21 dalam tempoh 70 minit.

Setelah mudah menewaskan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016 itu pada set pertama, Zii Jia akur tewas tipis di set kedua namun hilang arah pada set penentuan.

Sementara itu, Zii Jia berharap peminat akan terus memberi sokongan kepadanya selepas ini kerana perjalanan kariernya masih panjang.

“Memang kita tak tahu masa depan tapi saya akan cuba terbaik untuk jadi pemain yang lebih matang dan bertanding di Olimpik lagi.

“Terima kasih kerana sokong saya, saya harap masa depan akan terus sokong,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here