Sidang Dewan Rakyat tangguh sehingga 2 Ogos

0
2

SIDANG Khas Parlimen yang tergendala hari ini, tidak dapat diteruskan kerana ancaman Covid-19.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon berkata Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga 10 pagi 2 Ogos ini.

Ini susulan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah bahawa terdapat empat kes positif dikesan di bangunan Parlimen hari ini.

Terdahulu Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga jam 5.15 petang hari ini susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua individu yang menghadiri persidangan positif Covid-19.

Susulan itu, semua yang hadir sidang khas sejak Isnin lalu hingga hari ini diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata beliau mendapat pemakluman mengenai kes Covid-19 berkenaan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Kemudian dua lagi positif dikesan di bangunan Parlimen menjadikan empat keseluruhan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here