5 tahun tidak bersiaran, Fara Fauzana kembali ke Hot FM

0
3

SEJAK kisah beberapa penyampai radio yang tidak disambung kontrak, desas desus status dua penyampai radio Hot FM, AG dan Fad Bocey juga menjadi tanda tanya.

Hari ini, Hot FM memberi dua kejutan mengenai pembaharuan yang dilakukan stesen radio swasta tersebut sebelum mengumumkannya secara rasmi pada 2 Ogos depan.

Berdasarkan pengumumkan yang dibuat dan mengambil kira keputusan perbincangan bersama serta komen oleh para pendengar, stesen radio itu bersetuju mengekalkan gandingan AG dan Fad Bocey sebagai penyampai bagi slot pagi Hot FM.

Pengumuman seterusnya apabila dua penyampai tersebut dikejutkan dengan kehadiran Fara Fauzana, yang kembali semula ke Hot FM setelah lima tahun meninggalkan stesen radio terbabit.

Maka, gandingan trio pagi Hot FM akan menampilkan AG, Fad dan Fara Fauzana.

Sebelum ini, Fara atau mesra dikenali Fafau semasa bergelar penyampai radio, telah bersama Hot FM selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengundur diri sekitar 2016.

Ia bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan. -– Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here