Tak ikut janji temu punca PPV KLCC sesak

0
2
Warga-warga asing hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC ketika tinjuan Malaysiapost pagi tadi.

TINDAKAN sesetengah majikan menghantar pekerja tidak mengikut janji temu bagi mendapatkan vaksinasi dipercayai punca kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah susulan rakaman tular di media sosial sejak semalam berhubung kekesakan di PPV berkenaan.

Pada masa sama beliau berkata, ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan dihantar untuk vaksinasi di PPV KLCC.

“Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu rakaman serta gambar tular yang menunjukkan warga asing berbaris panjang di hadapan PPV berkenaan menimbulkan rasa kurang senang netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here