UK sumbang 415,000 dos vaksin AZ kepada Malaysia

0
2

MALAYSIA akan menerima 415,000 dos vaksin Astrazeneca (AZ) yang disumbangkan secara percuma oleh United Kingdom (UK).

Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Sebentar tadi rakan sejawat saya, Setiausaha Luar dan Hal Ehwal Komanwel United Kingdom, Dominic Raab mengumumkan bahawa kerajaan United Kingdom berbesar hati untuk menyumbang 415,000 dos vaksin #COVID19 jenis #AstraZeneca secara percuma kepada Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan rasa syukur dan menghargai sumbangan tersebut dengan berharap keakraban hubungan antara Malaysia dan UK akan kekal utuh dalam keadaan kemelut pandemik Covid-19 ini.

“Alhamdulillah – Malaysia sentiasa amat menghargai keprihatinan rakan-rakannya dan menganggap sumbangan ini sebagai satu lagi nilai dan makna persahabatan akrab antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

“Terima kasih Dominic Raab dan kerajaan United Kingdom! Semoga usahama Malaysia-United Kingdom kekal utuh terutama dalam usaha menangani cabaran pandemik ketika ini!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here