Tauke Ali Maju ‘belanja’ bekalan air

0
2

PEMILIK Rangkaian Restoran Ali Maju Sdn Bhd, Datuk Jawahar Ali Taib Khan bermurah hati memberi bantuan air kepada orang ramai terutama di kawasan Wangsa Maju yang terjejas berikutan gangguan bekalan.

Difahamkan, Jawahar Ali membuat tiga saluran paip di hadapan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk diberikan kepada orang awam secara percuma, hari ini.

Menerusi perkongsian Facebook Mazlan Abdul Latif menyeru mereka yang memerlukan air dialu-alukan datang ke situ untuk mengambil bekalan.

“Salam, kepada Jiran dan taulan yang duduk di Seksyen 1 Wangsa Maju atau pun mana-mana yang putus bekalan dan memerlukan air, bolehlah datang ke rumah Datuk Ali Maju Jawahar Ali.

“Tok Ali siapkan paip air di luar bagi memudahkan mereka yg memerlukan menadah air,” katanya.

Terdahulu, beberapa kawasan di Lembah Klang menghadapi krisis bekalan air susulan kes pencemaran di Sungai Selangor, Khamis lalu.

Bekalan dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh sekurang-kurangnya empat hari. -MalaysiaPost.