Netizen bengang pengasas Bella Ammara didakwa hina gelandangan

0
2

PENGASAS jenama Bella Ammara, Khalif Shamsudin atau lebih dikenali Carl Shamsudin hari ini dikecam orang ramai apabila didakwa menghina warga emas gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Dia didakwa memalukan warga emas lelaki berusia 64 tahun di khalayak ramai dalam satu video berdurasi satu minit yang tular di media sosial.

“Umur berapa? 64? Saya tanya betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak…tak buat betul-betul?

“Masa muda dulu menyesal tak banyak main-main, banyak tak buat betul-betul, malas, menyesal tak masa muda?”, katanya dalam video tersebut.

Selain itu, Carl turut bertanya sama ada pernah atau tidak golongan gelandangan ini berharap Tuhan menghantar seseorang untuk membuka jalan hidup baharu untuk mereka.

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah you agama apa, you pray to god, God show me the way i want to change my life. What is today God sent me to help you guys?” ujar Carl.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan marah terhadap Carl kerana dilihat riak dan berlagak ketika cuba ‘menyedarkan’ warga emas tersebut di hadapan orang ramai.

Mereka juga menyifatkan tindakan Carl itu biadap dan keterlaluan dan layanan seperti ini tidak sepatutnya diberikan kepada orang tua walaupun dia seorang gelandangan.

Pengguna Twitter, Hurren berkata: “Kalau ayah aku kena malukan macam ini lepas itu kena rakam, aku sumpah kepada Tuhan neraka jahanam tempat kau biadap.”

Love, Patrick pula berkata: “Oh Tuhan ku! Kalau mangkuk ini memalukan ayah aku macam ini dekat tempat awam. Kau siap lelaki tak guna. Pergi tanya ayah atau mak kau soalan yang sama di hadapan umum dan lihat apa jawapan mereka. Bodoh tak bertempat.”

Disebabkan isu hangat itu, orang ramai mula mencari Instagram Carl namun didapati ia ditutup untuk ikutan awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here