Perbelanjaan pembelian vaksin telus – Khairy

0
2

[PARLIMEN] KERAJAAN memberi jaminan perbelanjaan pembelian vaksin adalah telus, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perbelanjaan dan perjanjian yang dilaksanakan dalam perolehan vaksin dan pelaksanaan pelalian akan terus dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, ia bagi menjamin ketelusan dan keterbukaan program berkenaan kerana pelaksanaan vaksinasi membabitkan peruntukan perbelanjaan yang besar kepada negara.

“Sudah pastinya, jumlah peruntukan RM5.8 bilion ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana wang ini telah dan akan dibelanjakan,” katanya ketika penggulungan sesi penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu berkata, PAC mengadakan prosiding sebanyak dua kali, iaitu pada 5 Januari lalu dan sekali lagi pada Isnin.

“Dalam prosiding PAC ini, dokumen perjanjian perolehan vaksin serta butiran perbelanjaan bagi PICK telahpun dibentangkan.

“Selain PAC, pada Jumaat lalu juga, MOSTI yang diwakili Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian telah memberi keterangan dalam prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here