Jangan risau, Sinovac tidak dikeluarkan daripada PICK

0
1
Botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

VAKSIN Sinovac tidak dikeluarkan daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, menurut Khairy, perolehan vaksin itu oleh kerajaan sudah pun selesai.

Beliau berkata, orang ramai boleh pada bila-bila masa memperoleh Sinovac untuk pelalian.

“Untuk makluman, ada sesetengah orang yang tidak boleh menerima vaksin Pfizer kerana masalah alahan atau anafilaksis.

“Kerajaan akan kekalkan sedikit stok penimbal (Sinovac) untuk beri kepada mereka yang tidak boleh menerima vaksin Pfizer,” katanya ketika menggulung sesi penerangan mengenai program vaksinasi di Dewan Rakyat, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here