Wajibkan semua rakyat divaksin – Bung Moktar

0
2

[PARLIMEN] KERAJAAN disaran mewajibkan pemberian vaksin Covid-19 secara mandatori kepada semua rakyat Malaysia.

Perkara itu dikemukakan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bagi memastikan keseluruhan rakyat divaksin demi kebaikan bersama.

“Wajibkan vaksin, jadikan mandatori. Tak boleh ada yang mahu, ada yang tak mahu. Bahaya kita. Saya yakin bila sudah divaksin, kita boleh hidup dalam komuniti yang semua sudah ada vaksin.

“Kalau di US (Amerika Syarikat), di Rusia, mereka pergi rumah ke rumah, check (periksa) rumah ke rumah.

“Kita di sini bahaya pula. Patutnya di kampung-kampung tidak perlu panggil-panggil, kita pergi rumah ke rumah, asal dia belum ambil vaksin, bagi dia suntikan, baru kita selamat,” katanya dalam sidang khas Parlimen hari ini.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pandemik Covid-19 telah memusnahkan negara dan ekonomi, maka tindakan pantas perlu diambil bagi memastikan keadaan kembali pulih.

“Gunalah kepintaran yang ada, belilah (vaksin) banyak-banyak. Macam di Singapura, penghuninya empat juta tapi dia sudah order (tempah) 20 juta dos. Kenapa kita tidak boleh, apa masalah kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here