[PARLIMEN] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan memberikan perincian mengenai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu berkenaan kos, siapa yang dianugerah kontrak pengurusan, sub kontrak dan lain-lain.
Beliau menegaskan ia penting diperincikan supaya rakyat tahu tiada penyelewengan serta wang rakyat tidak hangus di tengah jalan.
“Saya bangkitkan soal PPV, RM30 per kepala, ini tak termasuk sewa PWTC, kontrak kepada siapa, mengapa kos begitu tinggi.
“Bila Kulim-Bandar Baharu (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) sebut ada lagi sub kontrak kepada yang lain, ini kalau kita bandingkan vaksin untuk hospital swasta, kosnya tentu dan pasti jauh lebih rendah.
“Jadi saya ingin minta penjelasan menteri (Khairy Jamaluddin) untuk menmperincikan… bagi contoh beberapa PPV besar, berapa sewa, mengapa kos per kepala begitu tinggi, apa lagi sub kontrak dan siapa yang peroleh supaya kita tahu supaya wang ini tidak diselewengkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – Malaysipost

