
[PARLIMEN] SEORANG Ahli Parlimen Pembangkang mempersoalkan kenapa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak langsung menjelaskan mengapa angka jangkitan harian Covid-19 masih tinggi dalam sesi penerangannya di Dewan Rakyat, semalam.
Tony Pua (DAP-Damansara) berkata perkara itu amat mengecewakan kerana rakyat memang menunggu penjelasan ketika kehidupan semakin tertekan susulan dikenakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 24 Mei lalu.
“Yang dipenuhi hanyalah pembentangan dengan statistik dan nombor, angka, senarai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan.
“Menteri Kesihatan langsung tidak menyebut, membahas atau membincang tentang keberkesanan langkah diambil kementerian dan Menteri Kesihatan langsung tidak memberi maksud angka yang dilaporkan dalam ucapan beliau semalam.
“Ini amat mengecewakan rakyat. Rakyat Malaysia derita, terkurung, tetapi kadar penularan jumlah rakyat Malaysia yang kena Covid-19 meningkat begitu mendadak walaupun mereka dikenakan dengan PKP,” katanya di Bangunan Parlimen, hari ini. – Malaysiapost
