Umno tak tahu pembatalan Ordinan Darurat – Zahid

0
3

UMNO mengakui tidak mengetahui Ordinan Darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai lalu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan meskipun terdapat segelintir wakil rakyat Umno berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun pembatalan itu di luar pengetahuan mereka.

“Ini antara bukti mengapa Umno tidak boleh dikait dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan. Ia kerana Ahli Parlimen dari Umno terbabit bekerja untuk Kerajaan Persekutuan bernama Perikatan Nasional (PN).

“Bukan lagi Kerajaan Persekutuan bernama Barisan Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 angkara fitnah,” katanya di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menggambarkan tindakan pembatalan Ordinan Darurat ibarat sukan apabila pemain pasukan ‘A’ diimport dan dibayar bermain untuk pasukan ‘B’.

“Persoalannya, jika pasukan B gagal adakah pasukan A juga perlu dipersalahkan?

“Ini dua organisasi yang berbeza, pengurusan berbeza, cara dan falsafahnya juga berbeza,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here