Hartal Doktor Kontrak persoal polis siasat tengah malam

0
2

TINDAKAN polis mengambil keterangan para pegawai kesihatan yang terlibat dengan kempen Hartal Doktor Kontrak di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang malam tadi mengundang pelbagai tanda tanya.

Menerusi ciapan Twitter, kumpulan Hartal Doktor Kontrak memberitahu pihak polis telah melakukan tindakan itu pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Bagaimanapun, menurut mereka, tindakan polis itu boleh dipersoal memandangkan jaminan yang diberikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba bahawa tiada tindakan tatatertib diambil terhadap barisan hadapan kementerian itu yang terlibat dalam aksi mogok kelmarin.

“Jadi, kenapa ganggu frontliners pada tengah malam? Bukan mereka berparti di MAEPS tu,” ciap kumpulan itu.

Tindakan polis mengambil keterangan pegawai perubatan pada waktu tengah malam juga menimbulkan rasa kurang senang mereka kerana ketika itu majoriti petugas barisan hadapan berada dalam keletihan diasak berbelas ribu pesakit baharu setiap hari, selain dalam masa perlu memastikan tahap keselamatan diri sendiri dan keluarga terjamin. – Malaysiapost

Foto Kredit: TW/Asheeq Ali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here