Zahid nafi wakil rakyat Umno hanya tahu merungut, mengkritik

0
1

PRESIDEN Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan kononnya wakil rakyat yang tidak berada di dalam kerajaan hanya tahu merungut dan mengkritik.

Malah Ahmad Zahid menegaskan, Umno telah banyak kali memberi pelbagai idea kepada kerajaan, namun sebahagian besarnya tidak dilayan walaupun secara jelas ianya dapat memberi kebaikan kepada rakyat serta negara.

“Sebenarnya sudah banyak cadangan, pandangan dan lontaran idea dikemukakan oleh pemimpin Umno selama ini. Tetapi sebahagian besar tidak dilayan walaupun jelas dapat memanfaatkan rakyat dan negara,” katanya di Facebook, hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap 25 cadangan dikemukakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada kerajaan supaya negara dapat memerangi pandemik Covid-19 dengan tepat dan efektif.

Katanya, jangan berasa terlalu susah hati untuk melaksanakannya walaupun ia datang daripada Ahli Parlimen Umno.

“Yang penting nasib rakyat dapat dilindungi dan negara dapat diselamatkan segera,” katanya.

Pada hari pertama Sidang Khas Parlimen, Ahmad Maslan diberikan peluang berbahas dan telah mengemukakan 25 cadangan dengan salah satu daripadanya perkhidmatan doktor kontrak mestilah ditukar kepada tetap dengan kadar segera. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here