KKM tidak keluar kad vaksin fizikal

0
2
grafik

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tidak mengeluarkan sebarang kad vaksin disertakan kod QR dalam bentuk fizikal setakat ini.

Kementerian itu menjelaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang perolehan kepada mana pihak atau syarikat untuk mengeluarkannya.

Katanya, kekeliruan timbul selepas berita mengenai kad vaksinasi atau vaccination badge disiarkan menerusi portal Yahoo News bertajuk ‘QR code on Health Minister’s vaccine badge links to random man’s SoundCloud’.

“Laporan berita itu yang mendakwa kad vaksinasi tersebut dikeluarkan Kementerian Kesihatan adalah tidak benar.

“Kad vaksinasi dan kod QR yang digunakan dalam sidang media pada 17 Mac lalu adalah hanya sampel reka bentuk kad vaksinasi untuk ditunjukkan kepada wartawan dan jurugambar,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

KKM menyarankan berita itu tidak dikongsi kerana boleh memberi gambaran salah seolah-olah pihaknya memberi kebenaran untuk mengeluarkan kad berkenaan.

Katanya, buat masa ini sijil digital vaksin untuk mereka yang lengkap dua dos vaksin boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here